Wednesday, 19 December 2012

How Do Tell The Types of Perforation?

Those collectors who have been collecting perforation varieties should have known the current garden flower definitives come in two different types of perforation - P13.75x14 and P14.5x14.75. For many beginners, however, telling apart the types of perforation could be difficult let alone collecting them.
Peminat setem yang mengumpul varieti tebukan sudah mengetahui bahawa setem definitif bunga taman yang digunakan sekarang mempunyai dua jenis tebukan - P13.75x14 dan P14.5x14.75. Namun, ramai juga peminat setem yang kurang pengalaman tidak tahu bagaimana untuk membezakan kedua-dua jenis tebukan ini, dan ini menyebabkan mereka tidak dapat mengumpulkan varieti tebukan ini.

Here is a very simple trick to differentiate the two types of perforation for these garden flower definitives. What you need to do is to count the number of pin holes on the horizontal edge of the stamp. This is demonstrated at the images below:
Saya akan cuba menjelaskan di sini bagaimana kita dapat menentukan jenis tebukan bagi setem definitif bunga taman. Kamu hanya perlu membilang bilangan tebukan (lubang) pada tepi ufuk setem. Imej gambar di bawah mendemonstrasi bagaimana saiz/jenis tebukan ditentukan:

If you count the pin holes at the bottom edge of the stamp (excluding the corner ones), and you get 18 pin holes, then this stamp has perforation type I (P13.75x14).
Jika kamu membilang bilangan tebukan (lubang) di dasar tepi setem (tidak termasuk lubang di kedua-dua penjuru), dan kamu mendapat 18 lubang, maka setem ini mempunyai tebukan jenis I (P13.75x14).


If you count the pin holes at the bottom edge of the stamp (excluding the corner ones), and you get 19 pin holes, then this stamp has perforation type III (P14.5x14.75).
Jika kamu membilang bilangan tebukan (lubang) di dasar tepi setem (tidak termasuk lubang di kedua-dua penjuru), dan kamu mendapat 19 lubang, maka setem ini mempunyai tebukan jenis III (P14.5x14.75).


Now, you can dig out your stamps from your album to start counting.... :)
Cubalah membilang lubang pada setem definitif bunga taman kamu sekarang untuk menentukan jenis tebukan yang dimiliki oleh kamu.... :)