Tuesday 8 October 2013

Subjek untuk Setem Kenang-Kenangan Khas

Saya terima majalah Green Heart (isu ketiga tahun 2013) hari ini. Saya amat tertarik dengan kandungan majalan isu tersebut berkenaan gajah kerdik (pygmy elephant) yang hanya boleh dijumpai di Borneo, terutamanya di Sabah. Pelbagai gambar kelakuan gajah kerdik yang menarik dipaparkan dalam majalah tersebut. Saya tengah berfikir alangkah baiknya jika Pos Malaysia dapat mengeluarkan satu isu setem kenang-kenangan khas untuk gajah kerdik yang unik ini.

Memang pun Pos Malaysia ada mengeluarkan setem gajah kerdik baru-baru ini dalam topik Keajaiban Hutan-Hutan di Malaysia (klik sini untuk maklumat setem isu ini). Saya berasa gajah kerdik yang unik ini patut diberikan "penghormatan" dalam satu isu khas dengan topik Gajah Kerdik. Banyak pihak pos luar negara ada mengeluarkan setem isu khas bertopik gajah, antaranya adalah Sri Lanka dan Thailand. Saya berharap Pos Malaysia boleh mempertimbangkan setem khas gajah kerdik....