Memandangkan bayaran pos untuk destinasi luar negara telah meningkat baru-baru ini, ramai di antara kita sebagai peminat setem tengah terfikir-fikir sama ada setem kenang-kenangan yang bakal dikeluarkan nanti akan memperlihatkan kombinasi denominasi yang berlainan daripada setem keluaran 2-3 tahun kebelakangan ini. Pada pendapat saya, Pos Malaysia patut mengeluarkan setem kenang-kenangan yang berdenominasi tertentu.
Setem berdenominasi 60s dan 80s merupakan denominasi yang utama untuk tujuan bayaran pos asas mel standard and mel tak-standard. Maka, kedua-dua denominasi ini akan menjadikan sasaran untuk setem kenang-kenangan selagi tidak ada lagi perubahan tarif bayaran pos tempatan.
Setem berdenomasi 50s masih boleh dikeluarkan dari masa ke semasa seperti yang tengah diamalkan kerana denominasi ini boleh digunakan untuk tujuan bayaran pos bagi item poskad.
Setem berdenominasi RM1 agak berguna juga untuk pelbagai tujuan. Maka, saya berpendapat denominasi ini masih popular dijadikan sasaran dalam setem kenang-kenangan.
Setem berdenominasi 90s kadang-kadang yang dikeluarkan sebelum ini sudah menjadi tidak relevan kerana bayarn pos ke negara ASEAN sudah dinaikkan dari 90s ke RM1.20. Maka, besar kemungkinan setem berdenominasi 90s tidak akan dikeluarkan dalam setem kenang-kenangan yang akan datang.
Jika kita mengimbas kembali secara teliti, ramai di antara kita akan tidak terlepas pandang setem berdenominasi RM1.50 pernah dikeluarkan dalam setem kenang-kenangan tahun 2012 (Lawatan Diraja Great Britain). Denominasi ini pun sudah menjadi tidak relevan sekarang kerana bayaran pos ke Europa sudah dinaikkan dari RM1.50 ke RM2.
Selain daripada denominasi 50s, 60s, 80s dan RM1, Pos Malaysia boleh juga mempertimbangkan pengeluaran dari masa ke semasa denominasi lain dalam setem kenang-kenangan yang akan datang. Denominasi RM1.20, RM1.40 dan RM2 boleh dipertimbangkan untuk tujuan bayaran pos ke negara ASEAN, negara Asia Pasifik dan lain-lain negara masing-masing... hehe