Tuesday 16 April 2013

Denominasi Setem Definitif - Satu Pandangan

Saya berpendapat denominasi setem definitif yang sedia ada sekarang di pejabat pos adalah kurang mesra pelanggan dan juga “menyukar” kakitangan pos yang menjual setem untuk tujuan pembayaran pos. Jika saya diminta untuk merombak semula pengeluaran setem definitif, saya akan mencadangkan 18 denominasi seperti berikut:

5s - pelbagai guna dalam nilai topup
10s - pelbagai guna dalam nilai topup
30s - poskad domestik; pelbagai guna dalam nilai topup
35s - nilai topup tambahan 10g mel ke Zon A, Zon B dan Zon C
50s - poskad; nilai topup tambahan 10g mel ke Zon D; pelbagai guna dalam nilai topup
60s - mel standard domestik 20g
70s - mel standard domestik 20-50g; nilai topup tambahan 10g ke Zon E
80s - mel bukan standard kurang daripada 50g
90s - mel bukan standard 50-100g; mel ke Zon A kurang daripada 20g
95s - mel ke Zon B kurang daripada 20g
RM1 - mel bukan standard 100-250g; pelbagai guna dalam nilai topup
RM1.40 - mel ke Zon C kurang daripada 20g
RM1.50 - mel ke ZonD kurang daripada 20g
RM1.80 - mel ke Zon E kurang daripada 20g
RM2 - mel bukan standard 250-500g; pelbagai guna dalam nilai topup
RM5 - pelbagai guna dalam nilai topup
RM10 - pelbagai guna dalam nilai topup
RM20 - pelbagai guna dalam nilai topup



Apabila Pos Malaysia mengeluarkan setem definitif nasional yang baru, bolehlah mempertimbangkan cadangan 18 denominasi tersebut untuk tujuan pengurusan pos di kaunter. Saya berpendapat Pos Malaysia tidak perlu risau sangat tentang setem definitif negeri. Pos Malaysia masih boleh mengeluar setem definitif negeri mengikut pendekatan yang digunakan untuk setem definitif negeri bunga taman keluaran beberapa tahun yang lepas - untuk tujuan koleksi oleh peminat setem sudah memadai.