Wednesday 17 April 2013

Isu Akan Datang - Rumah Api Siri II

Saya ternampak poster isu setem baru (Rumah Api Siri II) yang dimuat-naik oleh Pos Malaysia di Facebook semalam. Reka bentuk setem dan lembaran mini agak menarik. Saya ternampak juga dalam poster tersebut ada disenaraikan item kad maksima. Terangsang juga apabila mendapati kad maksima dikeluarkan untuk isu Rumah Api Siri II. Usaha yang ditunjukkan oleh Pos Malaysia dalam pengeluaran kad maksima patut dipuji. Saya berpendapat Pos Malaysia harus lebih rajin lagi mengeluarkan kad maksima.

Pengeluaran kad maksima pasti akan meningkat lagi penjualan setem kerana peminat setem akan menampal setem pada kad maksima untuk dimatikan. Saya kurang pasti sama ada Pos Malaysia akan membikin chop pembatalan khas yang berlainan untuk setiap satu kad maksima. Jika Pos Malaysia berbuat demikian, maka ini merupakan satu bonus untuk peminat setem.

Syabas kepada Pos Malaysia dalam mempelbagaikan produk filateli.